Mazmur 36:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.

2. Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,

3. kerana mereka membanggakan diri,dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.

4. Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.

Mazmur 36