Mazmur 36:1-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.

2. Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,

3. kerana mereka membanggakan diri,dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.

4. Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.

5. Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil;tiada perbuatan mereka yang baik,dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.

6. Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit,kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.

7. Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,dan keadilan-Mu sedalam laut.Engkau menjaga manusia dan haiwan.

8. Ya Allah, betapa berharganya kasih-Mu,manusia mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu.

9. Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu;Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.

10. Engkaulah sumber segala kehidupan,dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.

11. Tetaplah mengasihi orang yang mengenal Engkau,dan berbuat baik kepada orang yang tulus hati.

Mazmur 36