Mazmur 35:7-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Tanpa sebarang sebab mereka memasang perangkap untukkudan menggali lubang yang dalam untuk menangkap aku.

8. Biarlah mereka ditimpa kebinasaandengan tidak disangka-sangka,dan dijerat oleh perangkap mereka sendirilalu jatuh dan binasa.

9. Maka aku akan bergembira kerana TUHAN;aku akan bersukacita kerana Dia menyelamatkan aku.

10. Dengan sepenuh hati aku akan berkata kepada TUHAN,“Engkau tiada bandingnya.Engkau melindungi orang lemah daripada orang kuat,orang miskin dan sengsara daripada penindas mereka.”

11. Saksi-saksi jahat menuduh aku,kerana perkara yang tidak aku ketahui.

Mazmur 35