Mazmur 32:3-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Ketika aku tidak mengakui dosaku,aku letih kerana menangis sepanjang hari.

4. Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN;tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.

5. Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu;aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah.Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu,dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.

6. Oleh itu semua umat-Mu yang setiaharuslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan;apabila banjir kesusahan melanda,mereka tidak ditimpanya.

7. Engkaulah tempat persembunyianku,Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku.Aku bersorak memuji-Mu,kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.

8. TUHAN berfirman,“Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti.Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.

Mazmur 32