Mazmur 31:9-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Engkau tidak membenarkan aku ditawan musuh;Engkau membolehkan aku berjalan dengan bebas.

10. Kasihanilah aku, ya TUHAN,kerana aku dalam kesusahan;mataku pedih kerana menangis;jiwa ragaku merana.

11. Kedukaan telah menyingkatkan hidupku,dan tangisan telah memendekkan umurku.Kesihatanku merosot kerana kesusahanku,bahkan tulangku menjadi rapuh.

12. Semua musuhku mentertawakan aku;jiran-jiranku menghina aku;mereka yang mengenal aku takut akan aku;mereka lari apabila nampak aku di jalan.

13. Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati;aku umpama barang terbuang.

14. Aku mendengar bisikan musuhku;perkara dahsyat terdapat di sekelilingku.Mereka berkomplot menentang aku,dan merancang hendak membunuh aku.

15. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;Engkaulah Allahku.

16. Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;selamatkanlah aku daripada musuhkudan daripada mereka yang menganiaya aku.

Mazmur 31