16. Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;selamatkanlah aku daripada musuhkudan daripada mereka yang menganiaya aku.
17. Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu;selamatkanlah aku demi kasih-Mu.
18. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;jangan biarkan aku dipermalukan.Biarlah orang jahat dipermalukan,dan turun ke alam maut dengan senyap.
19. Biarlah pembohong menjadi kelu,kerana mereka sombong dan menghina orang jujur.
20. Betapa limpahnya kebaikan-Muyang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau.Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukanbagi mereka yang berlindung kepada-Mu.