Mazmur 30:5-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,hai umat-Nya yang setia!Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Sucidan bersyukurlah kepada-Nya!

6. Kemurkaan-Nya hanya sekejap sahaja,tetapi kebaikan-Nya berlangsung sepanjang umur.Air mata mungkin mengalir pada waktu malam,tetapi fajar membawa kegembiraan.

7. Ketika aku berasa selamat, aku berkata,“Aku tidak akan dikalahkan.”

8. Engkau sungguh baik kepadaku, ya TUHAN;seperti gunung yang kuat Engkau melindungi aku.Tetapi apabila Engkau menyembunyikan diri daripadaku,aku berasa takut.

9. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;aku memohon pertolongan,

10. “Faedah apakah yang Kauperoleh daripada kematianku?Keuntungan apakah yang Kaudapat jika aku masuk ke lubang kubur?Adakah orang mati memuji-Mu?Dapatkah mereka memberitakan kesetiaan-Mu?

11. Dengarlah aku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku.TUHAN tolonglah aku!”

12. Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira;Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan.

13. Maka aku tidak akan berdiam diri;aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.Ya TUHAN, Engkaulah Allahku,aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

Mazmur 30