Mazmur 28:3-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana,bersama-sama orang yang melakukan kejahatan -orang yang bermulut manis,tetapi hati diliputi kebencian.

4. Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka,kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka.Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka;balaslah mereka dengan sepatutnya.

5. Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN,mahupun segala ciptaan-Nya;oleh itu TUHAN akan menghukum merekadan memusnahkan mereka selama-lamanya.

6. Pujilah TUHAN;Dia telah mendengar permohonanku.

7. TUHAN melindungi dan membela aku;aku percaya kepada-Nya.Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

8. TUHAN melindungi umat-Nya;Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.

9. Ya TUHAN, selamatkanlah umat-Mu,dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu.Jadilah seperti gembala bagi mereka,dan jagalah mereka selama-lamanya.

Mazmur 28