Mazmur 26:2-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku,selidiklah keinginanku dan fikiranku.

3. Kasih-Mu membimbing aku;kesetiaan-Mu sentiasa memimpin aku.

4. Aku tidak bergaul dengan orang yang tidak berguna;aku tidak berhubungan dengan orang yang berpura-pura.

5. Aku membenci pergaulan dengan orang jahat,dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.

6. Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah,dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.

7. Aku menyanyikan sebuah mazmurdan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.

8. Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu,tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.

9. Janganlah musnahkan aku bersama-sama orang berdosa;lindungilah aku daripada nasib pembunuh,

10. iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatandan selalu sedia menerima rasuah.

Mazmur 26