4. Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah,dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya.
5. Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya,bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.
6. Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu;Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.
7. Berkat-Mu kepadanya berlanjutan,dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.
8. Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi;baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN.
9. Raja akan menangkap semua musuhnya;raja akan menawan semua orang yang membenci baginda.