Mazmur 21:4-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah,dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya.

5. Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya,bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.

6. Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu;Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.

7. Berkat-Mu kepadanya berlanjutan,dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang.

8. Raja yakin kepada TUHAN Yang Maha Tinggi;baginda selalu selamat kerana sentiasa dikasihi TUHAN.

9. Raja akan menangkap semua musuhnya;raja akan menawan semua orang yang membenci baginda.

10. Raja datang seperti api yang menyala-nyalauntuk memusnahkan mereka.TUHAN akan membinasakan mereka oleh kemurkaan-Nya,dan api akan menghanguskan mereka.

11. Raja akan membunuh semua anak mereka,dan menghapuskan semua keturunan mereka.

Mazmur 21