30. Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku,dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.
31. Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini,firman TUHAN dapat dipercayai.Dia umpama perisaibagi semua orang yang berlindung kepada-Nya.
32. TUHAN satu-satunya Allah;hanya Allah pembela kita.
33. Dialah Allah yang menguatkan aku,dan menjadikan jalanku aman.
34. Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa;Dia menjaga keselamatanku di pergunungan.
35. Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.
36. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agungdan kuasa-Mu memelihara keselamatanku.
37. Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.
38. Aku mengejar musuhku dan menangkap mereka;aku tidak berhenti sehingga aku mengalahkan mereka.
39. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.