Mazmur 16:7-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku,pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.

8. Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

9. Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,dan aku selamat,

10. kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati;orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.

11. Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;hadirat-Mu menggembirakan aku,dan sentiasa membahagiakan aku.

Mazmur 16