Mazmur 149:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pujilah TUHAN!Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!

2. Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu;bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!

3. Pujilah nama-Nya dengan tarian;pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

4. TUHAN berkenan kepada umat-Nya;Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

5. Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang,dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.

6. Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak,sambil memegang pedang yang tajam

Mazmur 149