61. Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melupakan Taurat-Mu.
62. Pada tengah malam aku bangun untuk memuji Engkau,kerana ketetapan-Mu adil.
63. Aku bersahabat dengan semua orang yang taat kepada-Mu,semua orang yang mematuhi hukum-Mu.
64. Ya TUHAN, bumi penuh dengan kasih-Mu yang kekal;ajarlah aku perintah-Mu.
65. Engkau telah menepati janji-Mu, ya TUHAN,dan Engkau baik hati kepadaku, hamba-Mu.
66. Berilah aku kebijaksanaan dan pengetahuan,kerana aku percaya kepada perintah-Mu.
67. Sebelum Engkau menghukum aku, aku sering melanggar perintah-Mu,tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.
68. Engkau sungguh baik dan perbuatan-Mu baik;ajarlah aku perintah-Mu.
69. Orang sombong memfitnah aku,tetapi dengan sepenuh hati aku mematuhi peraturan-Mu.
70. Mereka tidak mempunyai pengertian,tetapi Taurat-Mu menyenangkan hatiku.
71. Memang baik Engkau menghukum aku,supaya aku memahami perintah-Mu.
72. Bagiku, Taurat-Mu lebih berhargadaripada segala kekayaan di dunia.
73. Engkau mencipta dan membentuk aku;berilah aku pengertian untuk memahami hukum-Mu.