51. Orang sombong selalu menghina aku,tetapi aku tidak menyimpang daripada Taurat-Mu.
52. Aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulu,dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku, ya TUHAN.
53. Aku sangat marah kepada orang jahatapabila mereka melanggar Taurat-Mu.
54. Selama hidupku yang singkat di bumi ini,aku menggubah lagu tentang perintah-Mu.
55. Pada waktu malam aku ingat akan Engkau, ya TUHAN,dan aku memikirkan Taurat-Mu.
56. Aku mendapat kebahagiaandengan mentaati perintah-Mu.
57. Hanya Engkau yang aku inginkan, ya TUHAN;aku berjanji untuk mematuhi hukum-Mu.
58. Dengan sepenuh hati aku meminta kepada-Mu;kasihanilah aku menurut janji-Mu.
59. Aku telah memikirkan kelakuanku,dan berjanji akan menurut peraturan-Mu.
60. Aku bergegas-gegas dan tidak membuang masauntuk melakukan perintah-Mu.
61. Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melupakan Taurat-Mu.
62. Pada tengah malam aku bangun untuk memuji Engkau,kerana ketetapan-Mu adil.