Mazmur 119:134-146 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

134. Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,supaya aku dapat mentaati perintah-Mu.

135. Berkatilah aku dengan hadirat-Mu,dan ajarlah aku hukum-Mu.

136. Air mataku mengalir seperti sungai,kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.

137. Engkau adil, ya TUHAN,dan hukum-Mu adil.

138. Peraturan yang Engkau berikansemuanya adil dan benar.

139. Kemarahan membara dalam dirikukerana musuhku melanggar perintah-Mu.

140. Janji-Mu dapat dipercayai,aku sangat mencintainya.

141. Aku ini tidak penting dan aku terhina,tetapi aku tidak melalaikan ajaran-Mu.

142. Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,dan Taurat-Mu tetap benar.

143. Kesusahan dan kekhuatiran menimpa aku,tetapi perintah-Mu menggembirakan hatiku.

144. Peraturan-Mu selalu adil;berilah aku pengertian supaya aku hidup.

145. Dengan sepenuh hati, aku berseru kepada-Mu;kabulkanlah doaku, ya TUHAN;aku akan taat kepada perintah-Mu.

146. Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku;aku mahu mematuhi hukum-Mu.

Mazmur 119