Mazmur 118:9-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Lebih baik berlindung kepada TUHAN,daripada mengharapkan pemimpin.

10. Banyak musuh mengelilingi aku,tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

11. Mereka mengepung aku dari segala arah,tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

12. Mereka menyerbu aku seperti lebah,tetapi mereka terbakar secepat belukar;aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

13. Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan,tetapi TUHAN menolong aku.

14. TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa;Dia telah menyelamatkan aku.

15. Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah;“TUHAN melakukan perbuatan perkasa!

16. Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan,TUHAN melakukan perbuatan perkasa!”

17. Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup,untuk menceritakan perbuatan TUHAN.

18. Dia telah menghukum aku dengan berat,tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.

19. Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku,supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!

20. Inilah pintu gerbang TUHAN;hanya umat Allah boleh memasukinya.

21. Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku,kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.

22. Batu yang dibuang pembina-pembina itutelah menjadi batu yang paling utama.

Mazmur 118