Mazmur 107:30-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

30. Mereka bersukacita kerana ketenangan itu,dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju.

31. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

32. Mereka mesti memberitakan keagungan-Nya dalam perhimpunan umat,dan memuji Dia di hadapan majlis para pemimpin.

33. TUHAN mengeringkan sungai sehingga seperti gurun,dan menjadikan mata air kering gersang.

Mazmur 107