Mazmur 107:27-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. Mereka terhuyung-hayang seperti orang mabuk;segala kemahiran mereka menjadi sia-sia.

28. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.

29. Dia meneduhkan angin ribut,dan ombak pun menjadi tenang.

30. Mereka bersukacita kerana ketenangan itu,dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju.

31. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

32. Mereka mesti memberitakan keagungan-Nya dalam perhimpunan umat,dan memuji Dia di hadapan majlis para pemimpin.

33. TUHAN mengeringkan sungai sehingga seperti gurun,dan menjadikan mata air kering gersang.

Mazmur 107