Mazmur 107:2-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Ulangilah kata-kata itu untuk memuji TUHAN,hai kamu semua yang sudah diselamatkan-Nya.Dia telah menyelamatkan kamu daripada musuh,

3. dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri asing,dari timur dan barat, dari utara dan selatan.

4. Ada yang mengembara di padang pasir,tidak menemui jalan ke kota yang berpenghuni.

5. Mereka kelaparan dan kehausan,dan kehilangan segala harapan.

6. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.

7. Dia memimpin mereka melalui jalan yang lurus,ke kota yang dapat didiami mereka.

8. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

9. Dia memuaskan orang yang dahaga,dan mengenyangkan orang lapar dengan segala yang baik.

10. Ada orang yang meringkuk di dalam kegelapan,orang tahanan yang dibelenggu dan menderita,

11. kerana mereka telah memberontak terhadap perintah Allah,dan menolak arahan Yang Maha Kuasa.

12. Mereka patah semangat kerana pekerjaan yang berat,mereka jatuh, dan tidak seorang pun memberikan pertolongan.

13. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.

14. Dia membawa mereka keluar dari kegelapan,dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.

Mazmur 107