Mazmur 107:14-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Dia membawa mereka keluar dari kegelapan,dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.

15. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

16. Dia merobohkan pintu-pintu gangsa,dan mematahkan palang-palang besi.

17. Ada yang jahil dan menderita kerana dosa mereka,serta diseksa kerana kejahatan mereka;

18. mereka mual terhadap segala makanan,dan sudah dekat pintu maut.

19. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,lalu Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.

20. Dia memulihkan mereka dengan firman-Nya,dan tidak membiarkan mereka mati.

21. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

22. Mereka mesti bersyukur kepada-Nya dengan mempersembahkan korban,dan memberitakan perbuatan-Nya dengan lagu-lagu gembira.

23. Ada pula yang belayar dengan kapal,mencari nafkah di lautan yang luas.

24. Mereka nampak perbuatan TUHAN,perbuatan-Nya yang menakjubkan di lautan.

25. Dengan perintah-Nya, angin bertiup dengan kencang,dan ombak bergelora.

26. Kapal-kapal terangkat tinggi ke udara,lalu terhempas ke dasar samudera;orang kehilangan keberanianmenghadapi bahaya sedemikian.

Mazmur 107