Mazmur 106:45-48 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

45. Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.

46. Dia menyebabkan semua orang yang menindas merekaberasa kasihan terhadap mereka.

47. Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami,dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa,supaya kami dapat bersyukur,dan memuji nama-Mu yang suci.

48. Pujilah TUHAN, Allah umat Israel;pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Hendaklah semua orang berkata, “Amin!”Pujilah TUHAN!

Mazmur 106