Mazmur 106:40-46 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

40. Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya;Dia berasa jijik terhadap mereka.

41. Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa,dan membiarkan musuh menjajah mereka.

42. Mereka ditindas oleh musuh,mereka dijajah sepenuhnya.

43. Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,sehingga dosa mereka bertambah-tambah.

44. Namun TUHAN mendengar seruan mereka,dan memperhatikan kesusahan mereka.

45. Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.

46. Dia menyebabkan semua orang yang menindas merekaberasa kasihan terhadap mereka.

Mazmur 106