2. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN;ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.
3. Bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita.
4. Mintalah pertolongan TUHAN,sembahlah Dia sentiasa.
7. TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya berlaku di seluruh dunia.
8. Dia memegang perjanjian-Nya selama-lamanya,janji-Nya berlaku untuk beribu-ribu keturunan,
9. perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,
10. lalu dikekalkan dengan Yakub,menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.
11. Dia berfirman, “Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,untuk menjadi milik pusaka kamu.”
12. Dahulu umat Allah kecil bilangannya,mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.
13. Mereka mengembara dari negeri ke negeri,dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.