Mazmur 105:17-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka;Yusuf telah dijual sebagai hamba.

18. Kakinya diikat dengan rantaidan lehernya diikat dengan rantai besi,

19. sehingga terjadi apa yang diramalkannya.Firman TUHAN membuktikan bahawa Yusuf benar.

20. Lalu raja Mesir membebaskan dia;penguasa bangsa-bangsa melepaskan dia.

21. Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya,dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri,

22. untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawai raja,dan untuk memimpin para penasihat raja.

23. Selepas itu Yakub pergi ke Mesir,dan menetap di negeri itu.

24. TUHAN menjadikan umat-Nya bertambah banyak,sehingga mereka menjadi lebih kuat daripada musuh.

25. TUHAN menyebabkan bangsa Mesir benci akan umat-Nya,bangsa Mesir menipu dan memperdayakan hamba-hamba-Nya.

26. Lalu Dia mengutus Musa, hamba-Nya,dan Harun, orang yang dipilih-Nya.

27. Mereka melakukan keajaiban daripada Allah,dan melakukan mukjizat di Mesir.

28. Allah menjadikan seluruh negeri itu gelap,tetapi bangsa Mesir tidak mentaati perintah-Nya.

29. Dia mengubah air sungai menjadi darah,dan membunuh semua ikan yang ada di dalamnya.

30. Katak memenuhi negeri mereka,bahkan memasuki istana raja.

31. Demi firman Allah, lalat dan agasmemenuhi seluruh negeri itu.

32. Dia mencurahkan hujan batu dan kilatsebagai ganti hujan biasa.

33. Dia memusnahkan ladang anggur dan pokok ara mereka,serta menumbangkan segala pokok di sana.

34. Demi firman-Nya, belalang datang,berjuta-juta tidak terbilang;

Mazmur 105