Mazmur 105:14-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka;kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.

15. Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”

16. TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka,dan mengambil segala makanan mereka.

17. Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka;Yusuf telah dijual sebagai hamba.

18. Kakinya diikat dengan rantaidan lehernya diikat dengan rantai besi,

19. sehingga terjadi apa yang diramalkannya.Firman TUHAN membuktikan bahawa Yusuf benar.

20. Lalu raja Mesir membebaskan dia;penguasa bangsa-bangsa melepaskan dia.

21. Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya,dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri,

22. untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawai raja,dan untuk memimpin para penasihat raja.

23. Selepas itu Yakub pergi ke Mesir,dan menetap di negeri itu.

Mazmur 105