1. Bersyukurlah kepada TUHAN, isytiharkanlah keagungan-Nya;ceritakanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.
2. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN;ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.
3. Bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita.