Mazmur 10:7-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman;mereka cepat menista dan menjahati orang.

8. Mereka bersembunyi di kampung-kampung,dan menunggu untuk membunuh orang yang tidak bersalah.Mereka mengintip mangsa yang tidak berdaya;

9. mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa.Mereka menantikan orang yang tidak berupaya,lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ.

10. Mangsa yang tidak berdaya remuk tergelimpang,ditewaskan oleh keganasan.

11. Orang jahat berfikir, “Allah tidak peduli!Allah telah memejamkan mata-Nya dan tidak melihat kami!”

12. Ya TUHAN, hukumlah orang yang jahat!Jangan lupakan orang yang sengsara!

13. Mengapakah orang jahat menghina Allah,dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?

14. Tetapi Engkau nampak;Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang,dan sentiasa sedia untuk menolong mereka.Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu,kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.

Mazmur 10