1. Mengapakah Engkau begitu jauh, ya TUHAN,dan bersembunyi pada masa kami dalam kesusahan?
2. Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin;biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.
3. Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka;orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.
4. Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.
5. Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.