Matius 23:26-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

26. Hai orang Farisi, kamu buta! Bersihkan bahagian dalam cawan itu terlebih dahulu, lalu bahagian luarnya akan bersih juga!

27. Alangkah malangnya kamu guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih; baik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.

28. Demikianlah halnya dengan kamu! Pada lahirnya kamu kelihatan melakukan kehendak Allah, tetapi kamu sebenarnya orang jahat dan munafik.”

29. “Alangkah malangnya kamu guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina kubur yang elok-elok untuk para nabi, serta menghiasi kubur orang yang melakukan kehendak Allah.

30. Kamu berkata, ‘Seandainya kami hidup pada zaman nenek moyang kami, tentu kami tidak akan mengikut perbuatan mereka yang membunuh nabi.’

31. Oleh itu kamu mengakui kamu keturunan orang yang membunuh nabi!

32. Jika demikian teruskan dan selesaikan apa yang dimulakan oleh nenek moyang kamu!

33. Kamu jahat seperti ular berbisa dan kamu keturunan orang jahat! Bagaimana mungkin kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman di neraka?

34. Ketahuilah bahawa Aku akan mengutus nabi, orang bijak, dan guru kepada kamu. Kamu akan membunuh beberapa orang antara mereka dan menyalibkan yang lain. Kamu akan menyesah yang lain di dalam rumah ibadat, dan mengejar mereka dari satu kota ke kota lain.

Matius 23