Matius 18:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada waktu itu pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, “Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah?”

2. Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua.

3. Lalu Yesus berkata, “Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah.

4. Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak.

5. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.”

6. “Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam.

Matius 18