6. Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.”
7. Mereka mula bercakap sesama sendiri, “Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti.”
8. Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, “Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku!
9. Adakah kamu masih belum mengerti? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?
10. Bagaimanakah dengan tujuh ketul roti yang Aku bahagikan untuk empat ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?