Matius 15:8-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata,tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.

9. Sia-sialah mereka menyembah Aku,kerana peraturan manusia diajarkan oleh merekaseolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ ”

10. Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah!

11. Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang tidak dapat menajiskan dia. Tetapi apa yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan dia.”

12. Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Guru, tahukah Guru bahawa orang Farisi tersinggung oleh kata-kata Guru?”

13. Yesus menjawab, “Tiap-tiap tanaman yang tidak ditanam oleh Bapa-Ku di syurga akan dicabut.

Matius 15