Matius 13:14-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,‘Allah berfirman:Mereka akan mendengar dan mendengar,tetapi tidak faham;mereka akan melihat dan melihat,tetapi tidak nampak,

15. kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul;telinga pekak, dan mata buta.Jika mereka tidak demikian,tentu mata mereka akan melihat,telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti,sehingga mereka kembali kepada-Ku,dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’

16. Tetapi kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar.

17. Ketahuilah! Banyak nabi dan orang yang melakukan kehendak Allah ingin melihat apa yang kamu lihat sekarang ini, tetapi tidak dapat melihatnya. Mereka ingin mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak dapat mendengarnya.”

18. “Dengarlah dan ketahuilah makna perumpamaan tentang seorang penabur itu.

19. Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran tentang bagaimana Allah memerintah, tetapi tidak memahaminya. Si Jahat iaitu Iblis datang lalu merampas apa yang sudah ditabur di dalam hati mereka.

Matius 13