Matius 1:2-6a-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2-6a. Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut:Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya Rut), Isai, dan Raja Daud.

20. Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah.

21. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”

22. Semua itu berlaku supaya terjadilah apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya,

Matius 1