4. Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri.”
5. Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka.
6. Yesus sangat hairan kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.Kemudian Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar tempat itu dan mengajar orang.
7. Dia memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu mengutus mereka berdua-dua, dan memberi mereka kuasa untuk mengusir roh jahat.
8. Dia juga memberikan perintah ini kepada mereka, “Jangan bawa apa-apa dalam perjalanan, kecuali sebatang tongkat. Jangan bawa makanan, atau beg sedekah, ataupun wang.
9. Tetapi pakailah kasut dan sehelai baju sahaja.”
10. Yesus juga berkata, “Di setiap tempat kamu disambut, tinggallah di rumah yang sama sehingga kamu meninggalkan kota itu.
11. Tetapi jika kamu tiba di suatu tempat lalu penduduk di situ tidak mahu menerima kamu atau mendengar kata-kata kamu, tinggalkanlah kota itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu sebagai amaran kepada mereka!”
12. Demikianlah dua belas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa.