35. Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil.
36. Suruhlah semua orang ini pergi. Biarlah mereka pergi ke pekan dan kampung di sekitar sini untuk membeli makanan.”
37. Tetapi Yesus menjawab, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.”Pengikut-pengikut-Nya bertanya, “Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?”
38. Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.”Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, “Lima ketul roti dan dua ekor ikan.”