Markus 4:12-27 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. supaya,‘Mereka akan melihat dan melihat,tetapi tidak nampak,mereka akan mendengar dan mendengar,tetapi tidak faham,kerana jika mereka memahaminya,mereka akan kembali kepada Allahdan Dia akan mengampuni mereka.’ ”

13. Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Jika kamu tidak memahami perumpamaan ini, bagaimanakah kamu dapat memahami perumpamaan yang lain?

14. Peladang itu menabur perkhabaran Allah.

15. Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah. Tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang lalu mengambil perkhabaran yang sudah ditabur di dalam hati mereka.

16. Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita.

17. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati, sehingga mereka tidak tahan lama. Apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dengan segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu.

18. Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu.

19. Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.

20. Tetapi benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya, lalu berbuah; ada yang tiga puluh, ada yang enam puluh, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya.”

21. Selanjutnya Yesus berkata, “Pernahkah seseorang memasang pelita lalu meletakkannya di bawah pasu ataupun di bawah katil? Tentu pelita itu diletakkannya di atas kaki pelita.

22. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan didedahkan.

23. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik.”

24. Yesus juga berkata kepada mereka, “Perhatikanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang akan digunakan oleh Allah juga untuk kamu - malahan lebih berat lagi!

25. Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi; tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga.”

26. Yesus berkata lagi, “Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya.

27. Pada malam hari dia tidur; pada siang hari dia bekerja. Sementara itu, benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Orang itu tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku.

Markus 4