Markus 3:29-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

29. Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah, tidak dapat diampuni! Dia telah melakukan dosa yang kekal.” (

30. Yesus berkata demikian kerana ada orang berkata, “Dia dirasuk roh jahat.”)

31. Kemudian ibu dan saudara-saudara Yesus datang dan menunggu di luar. Mereka menyuruh orang memanggil Yesus.

32. Ketika itu orang ramai sedang duduk di sekeliling Yesus dan mereka berkata kepada-Nya, “Guru, lihatlah! Ibu dan saudara-saudara guru ada di luar. Mereka memanggil guru.”

33. Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”

34. Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, “Lihatlah, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku!

35. Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”

Markus 3