14. lalu Yesus memilih dua belas orang antara mereka. Dia berkata kepada mereka, “Aku telah memilih kamu supaya menyertai Aku. Aku juga mengutus kamu untuk mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.
15. Kamu akan mendapat kuasa untuk mengusir roh jahat.”
16. Inilah dua belas orang yang dipilih-Nya: Simon (yang juga disebut-Nya Petrus);
17. Yakobus dan saudaranya, Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberikan-Nya nama Boanerges, yang bererti “anak guntur”);
18. Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon Si Patriot,
19. dan juga Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.
20. Kemudian Yesus pulang. Tetapi orang ramai datang berkumpul lagi, sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan.
21. Keluarga Yesus pergi mendapatkan Dia apabila mereka mendengar orang berkata, “Dia sudah gila!”
22. Beberapa orang guru Taurat yang datang dari Yerusalem berkata, “Dia dirasuk oleh Beelzebul!Dia diberikan kuasa oleh ketua roh jahat untuk mengusir roh jahat.”
23. Oleh itu Yesus memanggil semua orang itu lalu menceritakan beberapa perumpamaan kepada mereka. Dia berkata, “Bagaimana Iblis boleh mengusir Iblis?
24. Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, akan runtuh.
25. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.
26. Oleh itu, jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, kerajaan itu tidak tahan lama dan pasti akan lenyap.
27. Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam rumah orang yang kuat dan merampas hartanya, kecuali dia terlebih dahulu mengikat orang kuat itu. Setelah itu, barulah dia dapat merampas hartanya.