Markus 11:31-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

31. Mereka mula berbincang sesama sendiri, “Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, ‘Dengan hak Allah,’ Dia akan berkata, ‘Mengapakah kamu tidak percaya kepada Yohanes?’

32. Tetapi jika kita berkata, ‘Dengan hak manusia . . .’ ” (Mereka takut akan orang ramai, kerana semua orang berpendapat bahawa Yohanes seorang nabi.)

33. Oleh itu mereka menjawab, “Kami tidak tahu.”Yesus berkata kepada mereka. “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”

Markus 11