Markus 10:43-51 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

43. Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain.

44. Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua.

45. Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”

46. Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus.

47. Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!”

48. Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, “Anak Daud, kasihanilah saya!”

49. Yesus berhenti lalu berkata, “Panggillah dia.”Mereka memanggil orang buta itu. “Jangan kecil hati!” kata mereka. “Bangunlah, Yesus memanggil kamu.”

50. Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus.

51. Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?”Orang buta itu menjawab, “Guru, saya ingin melihat.”

Markus 10