1. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada para imam, “Inilah perintah-Ku kepada kamu:
2. Kamu mesti menghormati Aku dengan perbuatan kamu. Jika kamu tidak mahu mendengarkan firman-Ku, Aku akan mengutuk kamu. Aku akan mengutuk segala sesuatu yang kamu terima sebagai rezeki. Sesungguhnya, Aku sudah mengutuk semuanya kerana kamu tidak mengendahkan perintah-Ku.
3. Aku akan menghukum anak-anak kamu, dan Aku melumuri muka kamu dengan najis binatang yang kamu persembahkan. Kemudian orang akan menyeret kamu ke timbunan najis.
4. Dengan demikian kamu akan tahu bahawa Aku memberi kamu perintah ini supaya perjanjian-Ku dengan para imam, keturunan Lewi, tidak dibatalkan.