12. Tetapi kamu menghina Aku kerana berkata bahawa mazbah-Ku tidak berguna, dan kamu mempersembahkan makanan yang tidak kamu sukai di atas mazbah itu.
13. Kamu berkata, ‘Kami sudah bosan dengan semua ini’, dan kamu menghina Aku. Kamu membawa binatang yang dicuri, yang tempang, atau yang sakit untuk dipersembahkan kepada-Ku. Adakah kamu menyangka bahawa Aku akan menerima persembahan itu?
14. Terkutuklah si penipu yang mempersembahkan binatang yang tidak berguna kepada-Ku, sedangkan dia mempunyai binatang yang baik antara ternakannya yang sudah dijanjikannya kepada-Ku; Akulah Raja yang besar, TUHAN Yang Maha Kuasa, dan semua bangsa menghormati Aku.”