Lukas 22:62-69 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

62. Petrus keluar dari situ lalu menangis tersedu-sedu.

63. Semua orang yang mengawal Yesus mempermainkan dan memukul Dia.

64. Mereka menutupi mata-Nya lalu bertanya kepada-Nya, “Tekalah, siapakah yang memukul kamu?”

65. Banyak lagi hinaan lain yang dilemparkan oleh mereka kepada Yesus.

66. Pada pagi hari, para pemimpin masyarakat Yahudi, ketua imam, dan guru Taurat bermesyuarat, lalu Yesus dibawa ke hadapan Majlis Agama.

67. Mereka berkata, “Katakanlah, benarkah kamu ini Penyelamat yang diutus oleh Allah?”Yesus menjawab, “Jika Aku memberitahu kamu, kamu pun tidak mahu percaya.

68. Jika Aku bertanya apa-apa, kamu tidak mahu menjawab.

69. Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa.”

Lukas 22