2. Di situ ada seorang ketua pemungut cukai yang kaya; namanya Zakheus.
3. Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus.
4. Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara, supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ.
5. Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.”
6. Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan.
7. Semua orang yang menyaksikan hal itu mula bersungut-sungut. Mereka berkata, “Orang ini menumpang di rumah seorang berdosa!”
8. Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!”
9. Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham.
10. Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.”
11. Sementara orang masih mendengar Yesus berkata-kata, Yesus menceritakan perumpamaan berikut. Pada waktu itu Dia hampir tiba di Yerusalem dan orang ramai menyangka bahawa Allah segera akan memerintah di bumi.
12. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Seorang bangsawan pergi ke negeri yang jauh untuk dilantik menjadi raja, dan kemudian dia akan kembali.