1. Yesus meneruskan perjalanan-Nya ke Yerikho dan melalui kota itu.
2. Di situ ada seorang ketua pemungut cukai yang kaya; namanya Zakheus.
3. Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus.
4. Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara, supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ.