3. Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari.
4. Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami.Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”
5. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti,
6. kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’
7. Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ”