Kisah Rasul-Rasul 19:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Sementara Apolos tinggal di Korintus, Paulus menjelajah kawasan pedalaman daerah itu lalu tiba di Efesus. Di situ dia berjumpa dengan beberapa orang yang percaya kepada Yesus.

2. Dia bertanya kepada mereka, “Sudahkah kamu menerima Roh Allah pada waktu kamu percaya kepada Yesus?”Mereka menjawab, “Kami belum pernah mendengar bahawa ada Roh Allah.”

3. “Jika demikian, dengan baptisan apakah kamu dibaptis?” tanya Paulus.“Dengan baptisan seperti yang diajarkan oleh Yohanes,” jawab mereka.

4. Lalu Paulus berkata, “Yohanes membaptis orang untuk menyatakan mereka sudah bertaubat daripada dosa. Dia memberitahu orang Israel supaya percaya kepada Orang yang akan datang kemudian daripadanya; Orang itu Yesus.”

5. Apabila mereka mendengar hal itu, mereka dibaptis demi nama Tuhan Yesus.

6. Ketika Paulus meletakkan tangannya ke atas kepala mereka, Roh Allah menguasai mereka, lalu mereka bertutur dalam bahasa-bahasa yang ajaib, serta menyampaikan perkhabaran Allah.

Kisah Rasul-Rasul 19